Coway CORE PLUS

Dapatkan nasihat terus daripada Amiera untuk pilih produk yang sesuai dengan rumah, bajet dan gaya hidup anda.

Penapis Air Pintar Yang Direka Untuk Kehidupan Moden

Coway CORE PLUS direka khas untuk mereka yang mahukan pengalaman air bertapis yang lebih mudah, lebih pintar dan lebih selesa. Dengan teknologi terkini, pelbagai pilihan suhu dan sistem penapisan berprestasi tinggi, CORE PLUS membantu memenuhi keperluan harian seluruh keluarga dalam satu mesin yang elegan.

REKAAN PREMIUM YANG MENYERLAH

Gabungan reka bentuk moden dan kemasan premium menjadikan Coway CORE bukan sekadar penapis air, tetapi juga pelengkap gaya dapur anda. Reka bentuk yang kemas dan minimalis sesuai dipadankan dengan pelbagai konsep kediaman moden.

PILIHAN SUHU UNTUK SETIAP KEPERLUAN

Setiap minuman memerlukan suhu yang berbeza. Coway CORE menyediakan pelbagai pilihan suhu yang boleh dipilih dengan mudah mengikut keperluan anda. Air Sejuk Menyegarkan pada bila-bila masa. Air Suhu Bilik Sesuai untuk pengambilan harian. Air Suam Pilihan ideal untuk penjagaan kesihatan dan minuman ringan. Air Panas Sesuai untuk kopi, teh, susu bayi dan makanan segera. Semua tersedia hanya dengan satu sentuhan.

PENGALAMAN PENGGUNAAN YANG LEBIH MUDAH

Panel kawalan sentuhan digital memudahkan anda memilih suhu dan isipadu air dengan cepat. Paparan yang jelas dan mesra pengguna menjadikan penggunaan harian lebih selesa untuk semua ahli keluarga.

PENSTERILAN UV AUTOMATIK

Kebersihan sentiasa menjadi keutamaan. Coway CORE dilengkapi dengan sistem UV Sterilisation yang membantu mensterilkan saluran air secara automatik bagi memastikan kebersihan sentiasa terpelihara. Lebih yakin setiap kali menikmati air bertapis.

Ciri-Ciri Utama Coway CORE PLUS

Rekaan Praktikal Dan Mesra Pengguna

Dulang bawah boleh ditanggalkan dengan mudah untuk tujuan pembersihan. Mempunyai kapasiti sehingga 0.42 liter bagi menampung titisan air semasa penggunaan harian, sekali gus membantu memastikan kawasan sekitar sentiasa bersih dan kemas.

Pengeluaran Air Yang Mudah Dan Hygienic

Nikmati air bertapis yang bersih dengan hanya satu sentuhan ringan. Direka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah, selesa dan menjaga kebersihan setiap kali mengambil air.

Mudah Dialihkan Dengan Roda Tersembunyi

Dilengkapi dengan roda tersembunyi di bahagian bawah unit untuk memudahkan pergerakan. Anda boleh mengalihkan penapis air ke lokasi yang dikehendaki dengan lebih mudah tanpa perlu mengangkatnya sepenuhnya.

Sistem Penapisan 6 Peringkat

Komponen penapis utama Villaem III menggunakan penapis yang diperakui untuk memastikan air yang dihasilkan lebih bersih dan selamat diminum.

Langkah 1 & 2

Plus Neo-Sense Filter

Menapis habuk, pasir, karat, klorin serta bahan pencemar lain yang terdapat dalam bekalan air. Membantu meningkatkan kualiti air sebelum melalui proses penapisan seterusnya.

Langkah 3

RO Membrane Filter

Teknologi Reverse Osmosis (RO) membantu menyingkirkan Logam berat, Bahan kimia berbahaya, Mikroorganisma, Bahan pencemar lain dalam air. Untuk menghasilkan air yang lebih bersih dan selamat diminum setiap hari.

Langkah 4 & 5

Plus Inno-Sense Filter

Membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan serta meningkatkan rasa air supaya lebih segar dan enak diminum.

Langkah 6

UV Sterilisation

Sistem UV membantu mengurangkan sehingga 99.9% bakteria pada saluran air untuk memastikan kebersihan tambahan sepanjang masa.

PROMOSI MASA TERHAD

Pilihan Pakej

Sewa Beli Heart-Service

RM93*

Bulan
  • Servis percuma sehingga 7 tahun
  • Penukaran penapis mengikut jadual

Atau

Harga Belian Runcit

RM6,300*

  • Milik sepenuhnya
  • Servis percuma selama 1 tahun