Servis Penjagaan Air Conditioner Coway 7 Langkah
Dengan penjagaan profesional daripada Coway, penghawa dingin anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik, memberikan prestasi penyejukan yang konsisten, udara yang lebih bersih dan penggunaan yang lebih tahan lama.
Langkah 1
Pemeriksaan Operasi Penghawa Dingin
Juruteknik Coway akan memeriksa keadaan dan prestasi penghawa dingin bagi memastikan semua fungsi beroperasi dengan baik sebelum proses penyelenggaraan dijalankan.
Langkah 2
Pemeriksaan Tahap Kekotoran
Bahagian dalaman penghawa dingin diperiksa untuk mengenal pasti habuk, kotoran, kulat dan pencemaran yang terkumpul.
Pemeriksaan ini membantu menentukan kaedah pembersihan yang paling sesuai.
Langkah 3
Pembersihan Penghawa Dingin
Komponen utama penghawa dingin dibersihkan secara menyeluruh bagi menanggalkan habuk, kotoran dan bendasing yang boleh menjejaskan prestasi penyejukan.
Langkah 4
Rawatan Pembersihan Khas
Larutan pembersih khas digunakan untuk membantu membersihkan komponen dalaman penghawa dingin dengan lebih berkesan.
Ia membantu menanggalkan kotoran degil sambil mengekalkan kebersihan sistem penyejukan.
Langkah 5
Pensterilan UV
Komponen yang berkaitan akan melalui proses pensterilan menggunakan sinaran UV untuk membantu mengurangkan bakteria dan mikroorganisma, sekali gus meningkatkan tahap kebersihan sistem penghawa dingin.
Langkah 6
Penukaran Penapis Udara
Penapis udara akan diganti mengikut jadual penyelenggaraan bagi memastikan aliran udara lebih lancar dan kualiti udara yang dihasilkan sentiasa bersih.
Langkah 6
Pemeriksaan Selepas Pembersihan
Selepas semua proses selesai, juruteknik akan menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan penghawa dingin berfungsi dengan sempurna dan memberikan prestasi penyejukan yang optimum.