Coway Washer Dryer

Dapatkan nasihat terus daripada Amiera untuk pilih produk yang sesuai dengan rumah, bajet dan gaya hidup anda.

Basuh & Keringkan Pakaian Dalam Satu Mesin

Nikmati kemudahan mencuci dan mengeringkan pakaian dengan hanya satu mesin. Coway Washer Dryer direka untuk menjimatkan masa, ruang dan tenaga, menjadikan kerja mencuci lebih mudah setiap hari.

Dua Fungsi Dalam Satu Mesin

Tak perlu lagi memindahkan pakaian ke mesin pengering. Basuh dan keringkan pakaian dalam satu kitaran secara automatik.

Kapasiti Besar Untuk Seluruh Keluarga

Direka untuk memuatkan lebih banyak pakaian dalam satu cucian. Sesuai untuk pelbagai jenis pakaian, selimut, tuala dan lain-lain.

Cucian Lebih Bersih & Menyeluruh

Teknologi cucian moden membantu membersihkan pakaian dengan lebih berkesan sambil menjaga fabrik agar kekal dalam keadaan baik. Membantu menanggalkan kotoran harian tanpa merosakkan pakaian.

Motor Inverter Yang Lebih Jimat Tenaga

Motor inverter memberikan prestasi yang lebih stabil serta membantu mengurangkan penggunaan elektrik.

Pengeringan Yang Lebih Praktikal

Selepas cucian selesai, pakaian akan dikeringkan secara automatik. Anda tidak lagi perlu menjemur pakaian atau menunggu cuaca panas.

Servis Penjagaan Mesin Basuh & Pengering Coway 7 Langkah

Pelaburan yang berbaloi bermula dengan penjagaan yang betul. Melalui Heart Service 7 Langkah, juruteknik profesional Coway akan menjalankan pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembersihan menyeluruh bagi memastikan mesin basuh dan pengering anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Dengan penjagaan berkala ini, anda boleh menikmati prestasi cucian yang konsisten, kebersihan yang lebih terjamin dan jangka hayat produk yang lebih panjang.

Langkah 1

Pemeriksaan Mesin

Juruteknik Coway akan memeriksa keadaan dan fungsi mesin basuh serta pengering bagi memastikan semua komponen beroperasi dengan baik sebelum proses penyelenggaraan dijalankan.

Langkah 2

Pembuangan Air Baki

Air yang masih berbaki di dalam sistem akan dikeluarkan bagi memastikan proses pembersihan dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan selamat.

Langkah 3

Pensterilan Bahagian Dalaman

Bahagian dalaman dram akan melalui proses pensterilan untuk membantu mengurangkan bakteria, kuman dan mikroorganisma yang boleh menyebabkan bau serta menjejaskan kebersihan pakaian.

Langkah 4

Rawatan Pembersihan Bahagian DalamanKhas

Komponen dalaman mesin dibersihkan secara menyeluruh bagi menanggalkan sisa sabun, kotoran, habuk dan bendasing yang terkumpul sepanjang penggunaan.

Langkah 5

Pemeriksaan Saluran Kemasukan Air

Saluran kemasukan air diperiksa bagi memastikan aliran air sentiasa lancar serta bebas daripada sebarang penyumbatan atau kerosakan.

Langkah 6

Pembersihan Bahagian Luaran

Permukaan luar mesin dibersihkan bagi menghilangkan habuk, kesan kotoran dan cap jari untuk mengekalkan penampilan yang bersih dan kemas.

Langkah 6

Penjagaan Dram Dengan Tablet Pembersih

Tablet pembersih khas digunakan untuk membersihkan bahagian dalam dram secara menyeluruh. Ia membantu menanggalkan sisa kotoran, mengurangkan bau yang tidak menyenangkan serta mengekalkan kebersihan dram bagi prestasi cucian yang optimum.

Apa Kata Pelanggan Amiera?

Jom sertai mereka yang telah mengubah kualiti hidup mereka dengan servis
dan produk terbaik daripada Coway.

PROMOSI MASA TERHAD

Pilihan Pakej

Sewa Beli Heart-Service

RM79*

Bulan
  • Servis percuma sehingga 7 tahun
  • Servis berjadual

Sewa Beli Heart-Service

RM74*

Bulan
  • Servis percuma sehingga 7 tahun
  • Servis berjadual

Atau

Harga Belian Runcit

RM4,799

  • Milik sepenuhnya
  • Servis percuma selama 1 tahun