Coway Air Conditioner

Dapatkan nasihat terus daripada Amiera untuk pilih produk yang sesuai dengan rumah, bajet dan gaya hidup anda.

Nikmati Udara Yang Lebih Sejuk, Bersih Dan Selesa

Lebih daripada sekadar penghawa dingin biasa, Coway Air Conditioner direka untuk memberikan penyejukan yang pantas, udara yang lebih bersih serta penjimatan tenaga bagi memastikan keselesaan anda seisi keluarga setiap hari.

Penyejukan Pantas Untuk Keselesaan Serta-Merta

Rasai udara sejuk dengan lebih cepat sebaik sahaja penghawa dingin dihidupkan. Sesuai digunakan ketika cuaca panas, selepas pulang dari kerja, waktu tidur dan ruang yang sering digunakan

Udara Lebih Bersih Setiap Masa

Selain menyejukkan ruang, Coway Air Conditioner membantu menghasilkan udara yang lebih bersih dengan sistem penapisan terbina dalam. Ia membantu mengurangkan habuk, zarah halus dan kekotoran di udara untuk persekitaran yang lebih selesa.

Teknologi Inverter Penjimatan Tenaga

Teknologi inverter pintar melaraskan prestasi penyejukan secara automatik mengikut suhu bilik. Penyejukan lebih stabil, penggunaan elektrik lebih rendah, operasi mesin yang lebih senyap serta menjimatkan kos bil elektrik

Penapisan Udara Yang Lebih Bersih

Sistem penapisan membantu menangkap habuk dan zarah halus sebelum udara diedarkan semula ke dalam bilik. Hasilnya, udara menjadi lebih bersih dan selesa untuk dihirup.

Penjimatan Tenaga Bertaraf 5 Bintang

Coway Air Conditioner telah menerima penarafan kecekapan tenaga 5 Bintang yang diperakui oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia, memberikan prestasi penyejukan yang cekap sambil membantu mengurangkan penggunaan tenaga.

Aliran Udara Lembut (Gentle Wind)

Dengan ciri Gentle Wind, aliran udara diedarkan secara lebih semula jadi untuk memberikan penyejukan yang nyaman, menjadikan ruang terasa lebih sejuk tanpa mengorbankan keselesaan.

Tetapan Yang Sesuai Untuk Anda

Coway Air Conditioner direka dengan pelbagai fungsi dan mod pintar bagi membolehkan anda menyesuaikan tetapan mengikut keselesaan dan keperluan harian.

Servis Penjagaan Air Conditioner Coway 7 Langkah

Dengan penjagaan profesional daripada Coway, penghawa dingin anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik, memberikan prestasi penyejukan yang konsisten, udara yang lebih bersih dan penggunaan yang lebih tahan lama.

Langkah 1

Pemeriksaan Operasi Penghawa Dingin

Juruteknik Coway akan memeriksa keadaan dan prestasi penghawa dingin bagi memastikan semua fungsi beroperasi dengan baik sebelum proses penyelenggaraan dijalankan.

Langkah 2

Pemeriksaan Tahap Kekotoran

Bahagian dalaman penghawa dingin diperiksa untuk mengenal pasti habuk, kotoran, kulat dan pencemaran yang terkumpul. Pemeriksaan ini membantu menentukan kaedah pembersihan yang paling sesuai.

Langkah 3

Pembersihan Penghawa Dingin

Komponen utama penghawa dingin dibersihkan secara menyeluruh bagi menanggalkan habuk, kotoran dan bendasing yang boleh menjejaskan prestasi penyejukan.

Langkah 4

Rawatan Pembersihan Khas

Larutan pembersih khas digunakan untuk membantu membersihkan komponen dalaman penghawa dingin dengan lebih berkesan. Ia membantu menanggalkan kotoran degil sambil mengekalkan kebersihan sistem penyejukan.

Langkah 5

Pensterilan UV

Komponen yang berkaitan akan melalui proses pensterilan menggunakan sinaran UV untuk membantu mengurangkan bakteria dan mikroorganisma, sekali gus meningkatkan tahap kebersihan sistem penghawa dingin.

Langkah 6

Penukaran Penapis Udara

Penapis udara akan diganti mengikut jadual penyelenggaraan bagi memastikan aliran udara lebih lancar dan kualiti udara yang dihasilkan sentiasa bersih.

Langkah 6

Pemeriksaan Selepas Pembersihan

Selepas semua proses selesai, juruteknik akan menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan penghawa dingin berfungsi dengan sempurna dan memberikan prestasi penyejukan yang optimum.

Apa Kata Pelanggan Amiera?

Jom sertai mereka yang telah mengubah kualiti hidup mereka dengan servis
dan produk terbaik daripada Coway.

PROMOSI MASA TERHAD

Pilihan Pakej

1.0 hp

Sewa Beli Heart-Service

RM80*

Bulan
  • Servis percuma sehingga 7 tahun
  • Servis berjadual

1.5 hp

Sewa Beli Heart-Service

RM90*

Bulan
  • Servis percuma sehingga 7 tahun
  • Servis berjadual