Coway Cinnamon

Dapatkan nasihat terus daripada Amiera Coway untuk pilih produk yang sesuai dengan rumah, bajet dan gaya hidup anda.

Penjimatan Bijak Untuk Gaya Hidup Yang Lebih Sihat

Penapis air milik sendiri yang dilengkapi dengan pam penggalak (booster pump) terbina dalam untuk aliran air yang lebih lancar.

Rekaan Premium Dengan Harga Mampu Milik

Coway Cinnamon direka khas untuk setiap isi rumah Malaysia. Nikmati air minuman yang lebih bersih, selamat dan berkualiti tanpa perlu berbelanja besar. Dengan kos bulanan yang rendah, seluruh keluarga boleh menikmati kemudahan air bertapis setiap hari.

Aliran Air Konsisten Dengan Booster Pump Terbina Dalam

Masalah tekanan air rendah di rumah?
Coway Cinnamon dilengkapi dengan booster pump dalaman yang membantu memastikan aliran air kekal lancar dan stabil walaupun tekanan air rumah kurang memuaskan. Lebih cepat. Lebih lancar. Lebih mudah digunakan setiap hari.

Pengeluaran Air Dengan Satu Sentuhan

Dapatkan air bertapis hanya dengan satu sentuhan. Sistem kawalan yang mudah digunakan membolehkan anda mengambil air bersih dengan cepat tanpa perlu menekan butang berulang kali. Mudah digunakan oleh semua peringkat umur termasuk warga emas dan kanak-kanak.

Pilihan Isipadu Air Yang Fleksibel

Pilih kuantiti air mengikut keperluan anda:

- 250ml Sesuai untuk satu gelas minuman.

- 500ml Ideal untuk botol air atau bekas sederhana.

- 1000ml Sangat sesuai untuk memasak atau mengisi bekas yang lebih besar.
Lebih mudah, lebih tepat dan mengurangkan pembaziran air.

Sistem Penapisan Air Berprestasi Tinggi

Coway Cinnamon menggunakan teknologi penapisan berlapis untuk memastikan air yang diminum lebih bersih dan selamat.

Langkah 1 & 2

Plus Neo-Sense Filter

Menapis habuk, pasir, karat, klorin serta bahan pencemar lain yang terdapat dalam bekalan air. Membantu meningkatkan kualiti air sebelum melalui proses penapisan seterusnya.

Langkah 3

RO Membrane Filter

Teknologi Reverse Osmosis (RO) membantu menyingkirkan Logam berat, Bahan kimia berbahaya, Mikroorganisma, Bahan pencemar lain dalam air. Untuk menghasilkan air yang lebih bersih dan selamat diminum setiap hari.

Langkah 4 & 5

Plus Inno-Sense Filter

Membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan serta meningkatkan rasa air supaya lebih segar dan enak diminum.

Langkah 6

Antibacterial Filter

Membantu menghalang pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma di dalam tangki simpanan air. Air kekal lebih bersih untuk kegunaan seisi keluarga.

pilihan terlaris

Pilihan Pakej

Sewa Beli Heart-Service

RM32

Bulan

Penyelenggaraan Profesional

Atau

Harga Belian Runcit

RM2,490