Coway LUCY PLUS ICE MAKER

Dapatkan nasihat terus daripada Amiera untuk pilih produk yang sesuai dengan rumah, bajet dan gaya hidup anda.

Air Bertapis & Ais Dalam Satu Mesin

Nikmati kemudahan air panas, sejuk, suhu bilik dan ais pada bila-bila masa dalam satu mesin yang elegan. Coway Lucy Plus Ice Maker direka khas untuk keluarga moden yang mahukan keselesaan maksimum tanpa perlu membeli mesin ais berasingan.

NIKMATI AIS SEGAR SETIAP HARI

Tak perlu lagi membeli ais atau memenuhi ruang peti sejuk dengan bekas ais. Coway Lucy Plus mampu menghasilkan ais secara automatik supaya anda sentiasa mempunyai bekalan ais segar untuk kegunaan harian.

4 PILIHAN AIR DALAM SATU MESIN

Semua keperluan air keluarga tersedia hanya dengan satu sentuhan. Air Panas untuk kopi, teh dan makanan segera. Air Suhu Bilik untuk minuman harian. Air Sejuk menyegarkan sepanjang hari. Ais sedia digunakan pada bila-bila masa.

AIS SIAP DALAM BEBERAPA MINIT

Teknologi pembuatan ais yang pantas membantu menghasilkan ais dengan lebih cepat. Tak perlu menunggu lama apabila memerlukan ais untuk minuman atau majlis keluarga.

Ciri-Ciri Utama Coway LUCY PLUS ICE MAKER

Pengeluaran Air Berterusan

Fungsi untuk air akan mengalir secara berterusan untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah, pantas dan selesa mengikut keperluan harian anda.

Child Safety Lock

Melindungi anak-anak daripada risiko terkena air panas secara tidak sengaja.

Power Saving System

Mengurangkan penggunaan tenaga apabila tidak digunakan. Lebih menjimatkan bil elektrik.

Sistem Penapisan 6 Peringkat

Menggunakan teknologi penapisan berlapis untuk menghasilkan air yang lebih bersih dan selamat diminum.

Langkah 1 & 2

Plus Neo-Sense Filter

Menapis habuk, pasir, karat, klorin serta bahan pencemar lain yang terdapat dalam bekalan air. Membantu meningkatkan kualiti air sebelum melalui proses penapisan seterusnya.

Langkah 3

RO Membrane Filter

Teknologi Reverse Osmosis (RO) membantu menyingkirkan Logam berat, Bahan kimia berbahaya, Mikroorganisma, Bahan pencemar lain dalam air. Untuk menghasilkan air yang lebih bersih dan selamat diminum setiap hari.

Langkah 4 & 5

Plus Inno-Sense Filter

Membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan serta meningkatkan rasa air supaya lebih segar dan enak diminum.

Langkah 6

UV Sterilisation

Sistem UV membantu mengurangkan sehingga 99.9% bakteria pada saluran air untuk memastikan kebersihan tambahan sepanjang masa.

PROMOSI MASA TERHAD

Pilihan Pakej

Sewa Beli Heart-Service

RM150

Bulan
  • Servis percuma sehingga 7 tahun
  • Penukaran penapis mengikut jadual

Atau

Harga Belian Runcit

RM8,000

  • Milik sepenuhnya
  • Servis percuma selama 1 tahun