Coway OMBAK

Dapatkan nasihat terus daripada Amiera untuk pilih produk yang sesuai dengan rumah, bajet dan gaya hidup anda.

Direka Khas Untuk Keperluan Keluarga Malaysia

Penapis air terlaris Coway kini tampil dengan pelbagai penambahbaikan yang lebih memahami gaya hidup rakyat Malaysia. Daripada penyediaan susu bayi hinggalah memasak dan menyediakan minuman harian, Coway Ombak direka untuk memudahkan setiap rutin harian keluarga anda.

Suhu air yang tepat untuk setiap kegunaan

Setiap minuman dan hidangan memerlukan suhu air yang berbeza.:
✅ 40°C Sesuai untuk bancuhan susu bayi.
✅ 80°C Sesuai untuk kopi dan teh.
✅ 90°C Sesuai untuk memasak, mi segera dan kegunaan dapur.

Direka khas untuk anda

Coway Ombak bukan sekadar penapis air biasa. Ia dibangunkan berdasarkan pemerhatian dan pemahaman terhadap keperluan sebenar pengguna Malaysia, menjadikannya antara model yang paling praktikal untuk kegunaan harian.

Pensterilan UV untuk kebersihan tambahan

Teknologi UV LED membantu meningkatkan tahap kebersihan pada muncung air setiap kali air suhu bilik atau air sejuk digunakan. Membantu mengurangkan risiko pencemaran dan memastikan kebersihan sistem sentiasa terjaga.

Ciri-Ciri Utama Coway OMBAK

Air Tulen Dengan Mineral Penting

Nikmati air bertapis yang bersih dengan pilihan penapis mineral tambahan yang membantu mengekalkan mineral penting untuk tubuh.
*Penapis mineral adalah pilihan tambahan dan tertakluk kepada caj tambahan.

Pilihan Isipadu Air Automatik

Pilih jumlah air yang diperlukan hanya dengan satu sentuhan. Lebih mudah untuk secawan kopi, susu bayi, gelas minuman, jug dan bekas besar. Lebih tepat dan mengurangkan pembaziran air.

Tangki Air Panas Terbesar

Dengan kapasiti tangki air panas yang besar, anda tidak perlu risau kehabisan air panas ketika diperlukan. Sangat sesuai untuk keluarga yang kerap menggunakan air panas setiap hari

Tetapan Penggunaan Mengikut Kehendak Anda

Simpan tetapan suhu dan isipadu air kegemaran untuk kegunaan yang lebih mudah dan pantas. Tidak perlu membuat tetapan semula setiap kali ingin mengambil air

Bekalan Air Ketika Gangguan Elektrik

Dilengkapi dengan saluran air kecemasan yang membolehkan anda mendapatkan air bertapis walaupun ketika bekalan elektrik terputus.

Paip Tambahan Untuk Kegunaan Memasak

Coway Ombak menawarkan pilihan paip tambahan khas untuk kegunaan dapur dan memasak. Lebih praktikal untuk kegunaan harian.
*Paip tambahan adalah pilihan sendiri dan tertakluk kepada caj tambahan.

Silent Mode

Aktifkan mod senyap untuk mengurangkan bunyi operasi mengikut keselesaan anda. Sesuai digunakan pada waktu malam atau di ruang yang memerlukan suasana lebih tenang.

Sistem Penjimatan Tenaga Pintar

Sensor cahaya akan mengurangkan operasi pemanas dan sistem tertentu secara automatik pada waktu malam. Membantu menjimatkan penggunaan elektrik setiap bulan.

Kunci Keselamatan Kanak-Kanak

Memberikan perlindungan tambahan kepada anak-anak daripada risiko terkena air panas secara tidak sengaja. Lebih selamat dan memberi ketenangan kepada ibu bapa.

Sistem Penapisan Coway 6 Peringkat

Semua penapis diperakui dan direka untuk menghasilkan air yang lebih bersih dan selamat diminum setiap hari.

Langkah 1 & 2

Plus Neo-Sense Filter

Menapis habuk, pasir, karat, klorin serta bahan pencemar lain yang terdapat dalam bekalan air. Membantu meningkatkan kualiti air sebelum melalui proses penapisan seterusnya.

Langkah 3

RO Membrane Filter

Teknologi Reverse Osmosis (RO) membantu menyingkirkan Logam berat, Bahan kimia berbahaya, Mikroorganisma, Bahan pencemar lain dalam air. Untuk menghasilkan air yang lebih bersih dan selamat diminum setiap hari.

Langkah 4 & 5

Plus Inno-Sense Filter

Membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan serta meningkatkan rasa air supaya lebih segar dan enak diminum.

Langkah 6

Antibacterial Filter

Membantu menghalang pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma di dalam tangki simpanan air. Air kekal lebih bersih untuk kegunaan seisi keluarga.

PROMOSI MASA TERHAD

Pilihan Pakej

Sewa Beli Heart-Service

RM90

Bulan
  • Servis percuma sehingga 5 tahun
  • Penukaran penapis mengikut jadual

Atau

Harga Belian Runcit

RM4,310

  • Milik sepenuhnya
  • Servis percuma selama 1 tahun