Coway OUTDOOR FILTER

Dapatkan nasihat terus daripada Amiera untuk pilih produk yang sesuai dengan rumah, bajet dan gaya hidup anda.

Perlindungan Pertama Untuk Air Yang Lebih Bersih

Coway Outdoor Filter bertindak sebagai lapisan penapisan awal sebelum air memasuki rumah anda. Ia membantu menapis kotoran, pasir, lumpur dan zarah halus daripada bekalan air, supaya air yang digunakan untuk mandi, mencuci dan kegunaan harian menjadi lebih bersih.

Kenapa perlu pasang Outdoor Filter?

Walaupun air telah dirawat sebelum sampai ke rumah, saluran paip yang lama atau berkarat boleh menyebabkan pelbagai kekotoran masuk semula ke dalam bekalan air.

Antara masalah yang sering berlaku:

❌ Air keruh atau kekuningan
❌ Pasir dan lumpur dalam air
❌ Kesan karat pada sinki dan bilik air
❌ Kerosakan lebih cepat pada peralatan rumah
❌ Penapis air dalaman lebih cepat kotor

Penapisan Untuk Seluruh Rumah

Berbeza dengan penapis air minuman biasa, Outdoor Filter menapis bekalan air utama yang masuk ke rumah. Ini bermakna air yang digunakan untuk mandi, mencuci pakaian, membasuh pinggan, membersihkan rumah, mengisi tangki air akan melalui proses penapisan terlebih dahulu.

Membran Ultra Penapisan (Ultrafiltration) PVDF

Teknologi PVDF Ultrafiltration Membrane daripada Coway membantu menapis setiap titisan air sehingga mencapai tahap penapisan yang sangat halus, iaitu 0.01 mikron. Dengan teknologi penapisan dari bahagian dalam ke luar (inside-out filtration), ia berkesan menyingkirkan zarah dan kekotoran yang sangat halus, sekali gus memastikan keluarga anda menikmati air yang lebih bersih, selamat dan berkualiti setiap hari.

Ciri-Ciri Utama Coway OUTDOOR FILTER

injap multiport 4-arah yang mudah digunakan

Dengan hanya memutar pemegang kawalan, anda boleh menukar antara mod Penapisan (Filter), Bypass, Bilas Pantas (Fast Rinse) dan Cucian Balik (Backwash) dengan mudah untuk memastikan sistem penapisan sentiasa berfungsi pada tahap optimum.

Sistem pembilasan automatik yang dipertingkatkan

Sistem pembilasan automatik pintar ini direka untuk membersihkan penapis secara automatik, sekali gus memastikan proses penapisan air sentiasa berjalan dengan lancar dan berkesan. Direka dengan penggunaan tenaga yang lebih cekap, memberikan jangka hayat bateri yang lebih panjang berbanding model generasi terdahulu. Telah melepasi piawaian IPX5, menjadikannya sesuai digunakan dalam persekitaran luar yang terdedah kepada percikan air.

Sesuai untuk kawasan bertekanan air rendah

Coway Outdoor Filter hanya memerlukan tekanan air minimum 15 psi untuk beroperasi dengan baik. Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk kediaman atau premis yang mengalami tekanan air rendah. Nikmati bekalan air bertapis yang lebih bersih tanpa perlu risau tentang tekanan air atau pemasangan yang kompleks, tidak kira jenis dan lokasi kediaman anda.

PROMOSI MASA TERHAD

Pilihan Pakej

Sewa Beli Heart-Service

RM60*

Bulan
  • Servis percuma sehingga 7 tahun
  • Penukaran penapis mengikut jadual

Atau

Harga Belian Runcit

RM3,500

  • Milik sepenuhnya
  • Servis percuma selama 1 tahun